Saturday 1 October 2016

BAB 3:PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK

POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH
SESI JUN 2016

TAJUK:PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK

PENSYARAH:PUAN WAN NOR HASNAH BT WAN YUNUS
JABATAN:JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

NAMA AHLI KUMPULAN:
MOHD TAUFIQ BIN ABDUL MANAF   16DEE16F1058
MOHD FURQAN BIN AHMAD               16DEE16F1057
SAMUS A/L AIPON                                16DEE16F1076
MUHD FARIS HAKIM BIN MOHD ISA  16DEE16F10

KELAS:DEE1B




PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK

PENGENALAN

Masyarakat majmuk ialah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai budaya,agama,bahasa,adat resam dan tumpuan kegiatan ekonomi yang tersendiri.Malaysia merupakan negara yang mana masyarakatnya terdiri daripada masyarakat majmuk.Berdasarkan fakta sejarah dan perkembangan sosiopolitik,orang Melayu dan orang Asli merupakan penduduk asal juga dikenali sebagai masyarakat peribumi atau bumiputera di Tanah Melayu.Akibat daripada perkembangan tamadun ,Tanah Melayu mula dikunjungi dan menerima penghijrahan masyarakat.Penghijrahan masyarakat asing bermula sebelum zaman panjajahan lagi tetapi penghjrahan semakin jelas semasa zaman penjajah yang membawa masuk migran terutamanya India dan Cina bagi mengeksploitasi kekayaan hasil bumi di Tanah Melayu.Kesannya,Malaysia pada hari ini terdiri daripada masyarakat majmuk yang terdiri daripada Melayu,Cina,India,Sikh,Siam,Kadazan,Iban dan lain-lain.



SEJARAH DAN LATARBELAKANG MASYARAKAT MALAYSIA

Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India.


Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.

Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya menguasai negeri-negeri Melayu.


PERPADUAN DAN INTERGRASI NASIONAL


selepas kemerdekaan , negara menghadapi pelbagai masalah dalaman , terutama masalah perpaduan dan integrasi antara kaum . Masalah perpaduan wujud implikasi pemisahan tempat tinggal , perbezaan pekerjaan , sistem pendidikan , kepercayaan atau agama , fahaman politik  , masalah ekonomi dan sistem pemerintahan yang diperkenalkan oleh pihak penjajah. Pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan Malaysia untuk mengatasi masalah ini . Antaranya adalah penyeragaman sistem pendidikan , integrasi ekonomi , penyatuan fahaman politik dan aspek-aspek sosial lain . Selain itu, Dasar Ekonomi Baru ,Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Rukun Negara dibentuk untuk menyatukan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Perpaduan dan intergrasi nasional adalah  saling berkaitan tetapi merujuk proses yang berbeza. berpaduan bermaksud proses penyatuan daripada semua aspek seperti fizikal,sosial,ekonomi dan politik,tetapi tidak termasuk biologikal. Integrasi pula melibatkan semua penyatuan di atas , termasuk aspek biologikal.Malaysia sebagai sebuah negara yang didiami oleh masyarakat berbilang kaum dengan peibagai kebudayaan,agama dan ideologi yang berlainan,harus mementingkan kedua-dua konsep ini.

selain itu,perpaduan juga boleh didefinisikan sebagai satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan,sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik . Malaysia mempunyai kepelbagaian dalam banyak aspek . Setiap kelompok etnik di Malaysia mempunyai budaya ,bahasa dan kepercayaan masing-masing sebagaimana yang dihuraikan di atas . selain daripada aspek agama dan kebudayaan seperti yang telah dibincangkan, penonjolan kelompok etnik juga boleh dikenal pasti di wilayah-wilayah tertentu seperti berikut:

Semenanjung Malaysia:


  • Cina,Melayu dan India
Sabah


  • Kadazan-Dusun,Cina dan Melayu
Sarawak
  • Dayak(dayak Iba,Dayak Bidayuh, Dayak Ulu),Melayu-Melanau dan Cina


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL



PEMISAHAN TEMPAT TINGGAL ATAU PENEMPATAN

  • Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka,masyarakat tinggal di kampung-kampung mengikut kaum masing-masing. 
  • Pemisahan tempat tinggal yang wujud dalam masyarakat negara ini pada awal kemerdekaan sebenarnya berlaku akibat daripada kesan pemecahan yang dilaksanakan semasa pendudukan British. 
  • Pendudukan British di Tanah Melayu pada abad ke-19 telah membawa masuk buruh Cina dan India secara beramai-ramai.
  • Terdapat perkampungan Melayu di kawasan pinggir pekan dan di bandar pula kelihatan kedai-kedai Cina sementara buruh-buruh India bertumpu di ladang-ladang getah. 
  • Di Sabah dan Sarawak pula, wujud perkampungan yang terdiri dari rumah panjang kaum Iban dan kampung kaum Kadazan. Mereka ini terpisah dan berbeza antara satu sama lain. 

PERBEZAAN TUMPUAN SEKTOR EKONOMI


  • Pengelompokan petempatan mengikut kaum lahir ekoran pengasihan sektor ekonomi setiap kaum.
  • Orang Melayu kekal sebagai petani sara diri dan nelayan, orang Cina digalakkan untuk bergiat dalam sektor perdagangan dan perlombongan sementara orang India dikekalkan di estet-estet.
  • Aktiviti ekonomi yang berbeza hampir tidak memungkinkan setiap kaum untuk bertemu dan bergaul.
PENGASINGAN SISTEM PENDIDIKAN
  • Sistem pendidikan yang ditinggalkan oleh British menimbulkan masalah perpaduan antara kaum. 
  • Bagi pelajar Melayu, hanya dua jenis sistem pendidikan dibenarkan, iaitu sekolah vernakular Melayu ataupun beraliran Inggeris. Namun, sekolah beraliran Inggeris hanya untuk anak-anak bangsawan.   
  • Pelajaran di sekolah-sekolah Melayu pula hanyalah berbentuk pendidikan asas kerana mereka tidak digalakkan untuk menjadi terlampau pandai dan menguasai bidang akademik. 
  • Bagi masyarakat India, sekolah tamil dibuka di estet-estet. Walaupun guru-guru yang mengajar di sini dibawa dari India, namun mutu pengajaran mereka sangat rendah.  
  • Tidak ada pelajaran pada peringkat menengah dalam bahasa Tamil. 
  • Orang Cina juga mempunyai sistem pendidikan mereka sendiri. Orang Cina memang terkenal dengan tradisi mementingkan pendidikan anak-anak mereka.  
  • Guru-guru dan buku teks yang digunakan di sekolah ini dibawa dari negara China.  
  • Cina lebih mementingkan pergolakan politik, ekonomi dan sosial yang berlaku di negara China berbanding dengan perkembangan di Tanah Melayu.  
FAHAMAN DAN PENGARUH POLITIK YANG BERBEZA
  • Fahaman politik setiap kaum juga sangat berbeza. 
  • Bagi kaum Cina dan India, hal-hal yang berlaku di negara asal mereka adalah lebih penting daripada isu politik di Tanah Melayu.
  • Pada tahun 1930-an, telah berlaku pergeseran antara orang Cina dengan Jepun di begara China. 
  • Ramai orang Cina di Tanah Melayu yang terdorong untuk kembali ke tanah air mereka bagi membantu anak-saudara mereka, 
  • Orang India juga masih menganggap India sebagai tanah air mereka dan berharap untuk kembali. 
  • Bagi orang Melayu sendiri, mereka sentiasa ingin memastikan hak dan kepentingan mereka di tanah air sendiri terpelihara. 
  • Kurangnya penyatuan menyebabkan perjuangan orang Melayu hanya tertumpu kepada kaum mereka sendiri dan tidak mengambil kira keadaan kaum-kaum lain. 
  • Selain itu, perasaan curiga sesama kaum menyukarkan mereka untuk bekerjasama. 
  • Fahaman politik yang berbeza juga menyebabkan kesukaran PERIKATAN untuk menang 2/3 majoriti dalam Pilihan Raya 1969 walaupun pada waktu itu MCA dan MIC telah menganggotai PERIKATAN. 
MASALAH EKONOMI
  • Dalam bidang ekonomi, jelas orang Melayu dan penduduk asli lain menguasai bidang yang mundur, iaitu kerja yang memerlukan banyak tenaga manusia dan berteknologi rendah sementara pulangan dan gajinya yang rendah. 
  • Orang Melayu lebih menguasai sektor primer sementara orang Cina menguasai sektor yang lebih maju dan berteknologi moden dan memberi kesan ketidakseimbangan pendapatan. 
  • Ketidakseimbangan pendapatan ini juga menyebabkan setiap kaum saling mencemburui antara satu sama lain. 
  • Orang Melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang Cina, sementara orang Cina dan India pula mencemburui kelebihan orang Melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor-sektor pentadbiran awam. 
PERBEZAAN KEPERCAYAAN ATAU AGAMA
  • Secara amnya, setiap kaum menganut agama yang berbeza-beza seperti Melayu beragama Islam, India beragama Hindu dan Cina beragama Buddha. 
  • Selain masyarakat di Semenanjung, ramai kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak pula menganut agama Kristian. 
  • Sebagaimana yang dinyatakan di dalam bab terdahulu, pegangan dan ideologi setiap agama ini berbeza. 
  • Oleh itu, sukar untuk membentuk perpaduan sekiranya tiada sifat tolak ansur bagi setiap kaum dengan fahaman agama kaum lain.
PENGGUNAAN AKHAR YANG BERBEZA-BEZA
  • Setiap akhbar mengikut bahasa masing-masing memberikan perhatian secara menyeluruh kepada golongan tertentu sahaja.
  • Akhbar bahasa Cina, misalnya mengutamakan   perkembangan dan kejadian yang berlaku di negara China sementara akhbar berbahasa Tamil menonjolkan berita di India. 
  • Perkembangan ini memperkuatkan semangat kecintaan kepada tanah air asal dan kaum masing-masing sahaja serta menyulitkan merekaa untuk memahami bahasa, budaya dan sensitiviti kaum-kaum lain.
PEMERINTAHAN JEPUN
  • Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pernah dijajah oleh Jepun dari tahun 1942 hingga tahun 1945.
  • Jepun mengamalkan sikap berat sebelah dengan anti-Cina dan memberikan peluang kepada orang Melayu terlibat dalam sektor pentadbiran.
  • Situasi ini menimbulkan kemarahan orang Cina dan menyemarakkan lagi sentimen perkauman.
  • Apabila Jepun menyerah kalah, iaitu sebelum pihak British kembali ke tanah Melayu, ramai antara kaum Cina yang menganggotai pasukan Tentera Rakyat Malaya Anti-Jepun atau lebih dikenali sebagai Bintang Tiga telah keluar dari hutan membalas dendam terhadap orang Melayu.
  • Pergaduhan yang sengit berlaku antara orang Melayu dengan orang Cina telah melibatkan banyak kematian. 
  • Walaupun Bintang Tiga dapat ditumpaskan setelah kembalinya British, namun sentimen perkauman ini masih kuat dalam kalangan mereka.


TAHAP-TAHAP INTEGRASI

Secara umumnya,tahap-tahap integrasi di Malaysia boleh diukur sejak zaman penjajahan lagi.Oleh itu,perkembangan tahap integrasi di Malaysia melalui satu proses yang panjang sehingga ke hari ini. Jelaslahnya,perkembangan hubungan etnik di Malaysia bermula dari tahap rendah kepada tahap yang lebih tinggi .Apakah maksud tahap rendah kepada tahap yang lebih tinggi tersebut? Persoalan ini dapat dilihat dalam konsep-konsep berikut iaitu bermula dengan segregasi,akulturasi,asimilasi dan amalgamasi.



SEGREGASI

Pada peringkat awal,ia memperlihatkan tahap hubungan antara kaum atau etnik di Tanah Melayu yang bersifat terpisah.Pemisahan ini dapat dilihat melalui tempat tinggal,sistem pendidikan,pekerjaan dan pergaulan.Keadaan ini ketara dapat dilihat semasa pendudukan British di Tanah Melayu dahulu. Oleh itu,orang melayu,cina dan india hidup terpisah kerana berbeza pekerjaan.Orang Melayu bekerja sebagai nelayan dan petani,maka tempat tingal mereka adalah di kampung-kampung,pendalaman dan pesisir pantai.Orang cina pula bekerja sebagai peniaga dan pedagang serta pelombong dan kebanyakan mereka tinggal di india bekerja sebagai buruh dan penoreh getah yang tempat tinggal mereka kebanyakannya tertumpu di kawasan estet dan ladang-ladang

Dari aspek pendidikan pula,ketiga-tiga kaum ini mempunyai sistem pendidikan mereka sendiri seperti orang Melayu pergi ke Sekolah Melayu,orang Cina ke Sekolah Cina dan orang India ke Sekolah Tamil.Setiap sekolah ini pula menggunakan bahasa ibunda masing-masing.Sekolah Cina dan Sekolah Tamil menggunakan sukatan pelajaran daripada negara asal masing-masing,iaitu China dan India.Konsep pemisahan etnik ini juga dapat dilihat di luar negara seperti yang berlaku di Afrika Selatan,iaitu amalan Dasar Apartheid(1948-1994) oleh kerajaan.


AKOMONODASI

Akomonokasi adalah proses di mana setiap etnik atau kaum menyedari norma dan nilai yang dimiliki oleh etnik-etnik lain tetapi mereka tetap mempertahankan budaya dan nilai hidup masing-masing.Selain itu,Dalam konteks negara Malaysia,masyarakat Melayu,Cina,India,Sikh dan lain-lain tetap mengamalkan dan mempertahankan budaya hidup masing-masing.


AKULTURASI

Akulturasi ialah proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari budaya yang lain.Walaupun sesuatu kelompok budaya itu menerima unsur-unsur budaya etnik lain,ia tidak menyebabkan kehilangan identiti asal kaum atau etnik yang menerimanya.Keadaan ini dapat dilihat dari segi makanan,pakaian dan sebagainya.

Misalnya di Malaysia ialah pemberian duit raya oleh orang Melayu semasa hari raya dan bagi budaya pemberian ang pau ialah budaya masyarakat Cina.Begitu juga budaya pemakaian tali leher dalam kalangan semua bangsa di Malaysia sedangkan pemakaian tali leher ialah budaya orang Barat.


ASIMILASI

Asimilasi ialah proses peercantuman dan penyatuan etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok budaya dan identiti yang sama.Proses ini bermakna kumpulan budaya sesuatu kaum atau etnik minoriti menerima budaya kumpulan etnik yang dominan.Dengan kata lain proses asimilasi akan berlaku apabila adanya:  

(a) Etnik yang mempunyai budaya yang berbeza
(b)Etnik-etnik tersebut sentiasa berinteraksi
(c)Interaksi etnik berlaku dalam tempoh yang agak lama 

Sebagai contoh yang dapat dilihat di Malaysia ialah masyarakat Melayu di Thailand , masyarakat Cina kampung di Kelantan dan masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka. Asimilasi yang paling berjaya dapat dilakukan di negara seperti Indonesia yang masyarakatnya mempunyai nama yang sama walaupun berlainan etnik.


AMALGAMASI

Amalgamasi adalah satu proses yang terjadi apabila budaya atau kaum bercampur dan mewujudkan budaya dan ras yang baharu.Ia biasanya berlaku melalui perkahwinan campur antara etnik atau kaum.Misalnya yang dapat dilihat di Malaysia ialah perkahwinan campur antara orang Cina dan India,Melayu dan Cina,India dan Melayu,Melayu dan orang Eropah dan sebagainya.Wajah Pan Asian merupakan ras yang polupar di rantau Asia dan Malaysia.Ada juga yang mengaitkan anak hasil perkahwinan campur mempunyai IQ yang tinggi,cerdik,berpenampilan menarik dan sebagainya.


KESIMPULAN

Ekoran dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh British  dan dasar tidak menggalakkan percampuran antara kaum,telah tercetus masalah perkauman dalam negara.Kejadian rusuhan kau 13 Mei 1996,misalnya merupakan kemuncak daripada tekanan perasaan yang dialamioleh setiap kaum,terutama akiat daripada tiadanya persefahaman ,tolak ansur dan kasih sayang .Bagi merealisasikan integrasi nasional  dan pembentukan negaa bangsa,maka kerajaan mengambil iktibar daripada kejadian tersebut  dan merangka dasar-dasar yang mampu menangani masalah tersebut.Dasar-dasar seperti Rukun Negara,Dasar Pendidikan Kebangsaan,Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah diperkenalkan  dan diuar-uarkan ke seluruh negara supaya prinsip dapat dihayati oleh segenap rakyat tanpa mengira kaum.
kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia merupakan satu anugerah Tuhan yang mempunyai hikmah disebaliknya.Oleh itu,kepelbagaian yang dimiliki kini perlu dipelihara dan setiap kaum perlu mengambil peluang ini untuk mengenali di antara satu sam lain .Sebagai rakyat Malaysia ,kita perlu memahami dan mempelajari serta mengetahui hakikat kewujudan setiap kaum di negara ini agar timbul persefahaman dan tolak ansur antara kaum.Setiap kaum perlu bersama membangunkan negara pada masa ini dan masa akan datang dan menjadikan peristiwa lalu sebagai sempadan dan pengajaran untuk pembentukan negara bangsa Malaysia yang mantap dan 'tidak rapuh dimamah zaman'












No comments:

Post a Comment